Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

JAIS BERSAMA POLIS MENAHAN BEKAS MUFTI...

Berita drp: MaranDaily Isnin, 2 November 2009

HULU KELANG - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tuduhan cuba menyebarkan fahaman Wahabi ketika menyampaikan ceramah agama di rumah milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay di sini, malam tadi.

Menurut sumber, pegawai Jais terlebih dulu menyamar dan menyelinap masuk ke dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan maklumat kira-kira jam 9 malam.

Sekitar jam 12 tengah malam, pihak Jais dengan bantuan sepasukan polis bertindak menahan Asri.

Sejurus penahanan itu berlaku sedikit kekecohan apabila orang ramai yang hadir pada ceramah berkenaan mempertikaikan tindakan Jais yang tidak mengemukakan waran dan mengganggu ceramah agama berkenaan.

Sinar Harian difahamkan ceramah agama itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Asri dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang, Taman Keramat, dipercayai untuk diambil keterangan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, Asri masih ditahan di balai polis berkenaan.

"Penahanan Dr Asri ini nampaknya telah dirancang oleh pihak2 tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri. Secara logiknya, beliau merupakan seorang alim ulamak dan pernah memegang jawatan Mufti Perlis. Adalah tidak profesional dan wajar bagi Jais menangkap Dr Asri ketika berceramah dengan alasan tiada tauliah."

"Hasil daripada penangkapan ini telah memberi banyak kesan langsung kepada maruah Islam itu sendiri. Banyak lagi kerja jais yang tak siap, mungkin fail masih bertimbun2 di pejabat yang belum dibaca, banyak kes2 sosial yang belum disiasat, tapi kenapa ceramah agama pula jadi sasaran."

"Masyarakat akan menganggapkan Jais sebagai musuh dalam perjuangan Islam. Apa yang menjadi anggapan kita sebelum ini, Jabatan seperti Jais membantu menegakkan Islam, tapi berlaku sebaliknya. Bermacam2 teori yang tergambar difikiran ummat Islam, adakan ia bermotifkan politik kotor?, adakan ini tektik serangan peribadi terhadap orang alim (pejuang2 agama)?, adakah alasan tiada tauliah sebagai alasan untuk memalukan ulama'?..."

"Walau apaun alasan, ia tidak dapat diterima dengan akal yang waras. Kalau Jais bersikap demikian, Islam tak memerlukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memperjuangkan hukum Islam"

0 Responses to JAIS BERSAMA POLIS MENAHAN BEKAS MUFTI...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang