Maran (12.10.2009-Isnin): Kemeriahan Hari Raya masih terasa terutamanya Syawal yang bakal meninggalkan tidak lama lagi. Oleh itu, Pas Cawangan Felda Kampung Awah di bawah pimpinan En. Abdussomad Abdullah telah menganjurkan Sambutan Idul Fitri bermula jam 3.00ptg sehingga 5.00ptg bertempat di Markas Pas Cawangan Felda Kg Awah.
Majlis ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tidak mengira fahaman politik dan ibubapa kepada anak-anak di Pasti Assyakireen. Tetamu yang hadir terdiri daripada Pengurus Felda Kg Awah, ahli-ahli umno-bn dan masyarakat setempat.
Pihak penganjurtelah menyediakan persembahan nasyid oleh kanak-kanak pasti tersebut.
Sebelah malam pula, Pas Cawanagn Bukit Kening yang dipimpin oleh Mohd Shamsuri Hussin telah mengadakan Majlis Tahlil dan Jamuan Raya peringkat UPU Sekara iaitu melibatkan beberapa buah Kg iaitu Kg RPSB Bukit Kening, Kg Huma Luas, Kg. Sebelah, Kg Sekara, Tanjung dan beberapa kampung lagi.
Majlis ini bermula jam 3.00ptg iaitu gotong royong memasak hidangan malam. Solat Maghrib telah dipimpin oleh Mantan Ketua Pas Cawanagn Bukit Kening iaitu AlFadhil Ust Hj Faisol. Selepas solat maghrib, kuliah telah disampaikan oleh Ust Mujib iaitu anak kepada YDP Kawasan maran iaitu Tn Guru Hj Baqi Othman sehingga solat Isyak.
Selepas solat Isyak, jamuan diadakan bersajikan nasi himpit berkuahkan kacang, lemang bersama rendang, mee goreng dan pelbagai juadah kuih muih. Antara tetamu yang hadir ialah pimpinan Pas Kawasan Maran iaitu TYDP Ust Ramli, NYDP Jaapar Mat Tan, SU Farid Salman, TSU Abdussomad, Bendahari Roslan jaafar dan AJK Kawasan & Pemuda, Pimpinan Cawangan serta ahli pas di sekitar UPU Sekaran.
Jamuan seperti ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli jemaah dengan pemimpin di peringkat kawasan dan negeri. Mlah ia mewujudkan kerjasama yang erat antara penduduk Bukit Kening dalam menjayakan program ini.
Segala sokongan dan penglibatan semua terutamanya AJK Pas Kawasan Maran diucapkan berbanyak2 terima kasih.
Wassalam.
Ketua Lajnah iCT Pasmaran
http://www.pasmaran.org
Catatan Dhuha april 2019
6 tahun yang lalu
0 Responses to Sambutan Raya Pas Felda Kg Awah & Bukit Kening Dapat Sambutan Hangat...