Tinjauan Unit Wartawan LiCT PasMaran mendapati tempat pembuangan sampah yang tidak terurus dengan baik terletak berhampiran dengan Klinik Pekan Awah. Keadan ini mengganggu masyarakat untuk datang mendapatkan rawatan dengan baik tanpa gangguan bau yang busuk. Kedudukan tong sampah tersebut dilihat tidak terurus kerana tapaknya tidak disimen dengan baik dan sampah yang banyak dibiarkan bertaburan di sekitarnya selama beberapa hari.
Keadaan kotor dan jijik ini mengundang banyak masalah dan penyakit kepada masyarakat sekitar terutamanya yang datang ke klinik untuk mendapatka rawatan.
Diharap pihak berwajib mengambil tindakan proaktif agar saranan kerajaan 1Malaysia dapat dilaksanakan dengan betul dan amanah.
Disediakan oleh:

Unit Wartawan LiCT PasMaran
0 Responses to Pencemaran Bau & Pemandangan di Klinik Pekan Awah...