Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Dilema Peniaga Bazar Ramadhan 1430h Simpang Kg Awah

Berita drp: MaranDaily Rabu, 26 Ogos 2009

Maran (25.08.2009): Ramadhan 1430h yang dinantikan oleh semua ummat Islam telah tiba pada 22 Ogos 2009 yang rata-ratanya disambut meriah oleh segenap lapis masyarakat. Kehadiran Ramadhan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada ummat Islam khususnya masyarakat Islam di Daerah Maran, Pahang.

Ramadhan yang tiba banyak membuka ruang rezeki kepada peniaga2 kecil terutamanya yang mempunyai minat dalam bidang makanan. Bazar2 ramadhan mula bercambah di segenap tempat tumpuan umum dan Bazar Ramadhan Simpang Kampung Awah menjadi perhatian penulis.

Di sebalik kegembiraan peniaga2 berniaga, terdapat seribu kedukaan dan keresahan yang mungkin tidak diduga dan disedari oleh masyarakat umum terutamanya dalam proses untuk mendapatkan tapak perniagaan dan hasil daripada bisnes tersebut. Penulis cuba menjelaskan permasalahan tersebut.

Setelah meneliti dan mendapatkan maklumat daripada beberapa peniaga di Bazar Ramadhan Simpang kampung Awah, Chenor didapati 90% peniaga bari tidak berpuas hati dengan susunatur nombor yang dibuat oleh pihak Majlis Daerah Maran(MDM). Ini kerana, susunan yang dibuat tidak mengikut urutan no. yang betul iaitu 1-100. Ia mengambarkan ketidakadilan dan ketidaktelusan pihak MDM apabila no. disusun tidak teratur seperti no 40 berada selepas no 20 lebih dan disambung semula dengan 20 lebih semula.

"Kalau nak tipu, biarlah profesional sikit. Ni urutan no pun nak tipu ka. Nampak sangat tak amanah" kata peniaga yang enggan nama dikenali. Masalah ini jelas menunjukkan pihak MDM tidak amanah serta menipu terutamanya kepada peniaga2 baru. Malah terdapat juga peniaga yang marah dengan mengatakan "pihak MDM mengutamakan peniaga lama yang boleh memberi 'sesuatu' kepadanya berbanding peniaga baru yang lurus bendul untuk mendapatkan rezeki yang halal. Ingatkan syaitan tak de, perkara seperti ini tidak berlaku". Kata peniaga air yang berrada di hujung deretan gerai.
Kebanyakkan peniaga2 mu'min menjangkakan perkara ini tidak berlaku lagi pada Ramadhan 1430h ini memandangkan peniaga mendapat jaminan semasa taklimat yang dibuat oleh pihak MDM pada 17.08.09 bertempat di Dewan Jubli Perak, MDT lepas. Walaupun padaa hakikatnya peniaga2 telah tahu yang masalah ini telah diulangi oleh MDM pada tahun2 lepas.

Ini mengambarkan ketidaktelusam MDM dalam menguruskan sesuatu perkara tanpa menghormati kemuliaan dan keberkatan Ramadhan. Berhubung masalah ini, Ketua Lajnah ICT Pas Kawasan Maran telah membuat pemantauan dan soal siasat terhadap beberapa orang peniaga. Kesemuanya menyatakan tidak puas hati terhadap cara penyusunan no oleh pihak MDM. Oleh itu, pihak MDM sepatutnya takukkan Allah dalam menjalani amanah yang diberi serta melantik pekerja yang pandai mengira 1-100 dengan betul sebelum membuat petak2 di bazar Ramadhan terutamanya Bazar Ramadhan Spg. Kg. Awah, Chenor. Takkan perkara sekecil ini memerlukan penglibatan Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM)...?

Sumber: Ketua Lajnah iCT PasMaran

0 Responses to Dilema Peniaga Bazar Ramadhan 1430h Simpang Kg Awah

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang