Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang

Terkini Sekitar MUKTAMAR...

Berita drp: MaranDaily Ahad, 7 Jun 2009

Senarai Penuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat

SHAH ALAM - Senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat yang menang dalam pemilihan kali ini ialah Idris Ahmad (799 undi), Datuk Kamarudin Jaffar (769 undi), Datuk Seri Azizan Abd Razak (653 undi), Datuk Dr Hasan Mohd Ali (642 undi), Dr Mohd Hatta Md Ramli (638 undi), Abdul Ghani Samsudin (637 undi) dan Datuk Abu Bakar Chik (622 undi). Mereka juga termasuk Mohamed Hanipa Maidin (619 undi), Datuk Amiruddin Hamzah (606 undi), Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (589 undi), Abd Ghani Abdul Rahman (584 undi), Dr Zulkefly Ahmad (576 undi), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (530 undi), Hashim Jasin (522 undi), Mazlan Aliman (513 undi), Taib Azamudden Md Taib (508 undi) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (448 undi). Jawatan Pengerusi Tetap kekal disandang oleh Abu Kasim Abdullah yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Hussin Ismail yang juga penyandang dengan 609 undi. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali berkata kiraan semula undi tidak diadakan berikutan perbezaan jumlah undi yang agak besar di antara calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan utama dalam pemilihan kali ini.

Muktamar PAS, Ulamak Tetap Menjadi Pilihan

SHAH ALAM- Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi salah satu daripada jawatan Naib Presiden sebagai tradisi parti itu mengekalkan pemilihan golongan ulama bagi jawatan tertinggi. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga seorang ulama, sebelum ini menang tanpa bertanding untuk mengekalkan jawatan Presiden PAS. Dalam keputusan pemilihan hari ini, Nasharudin meraih 480 undi menewaskan pencabar terdekat iaitu bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang meraih 281 undi dan seorang lagi bekas Naib Presiden yang turut bertanding, Mohamad Sabu (261 undi) pada Muktamar Tahunan ke-55 parti itu di sini hari ini. Bagi jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim mendapat undi tertinggi iaitu 871, diikuti bekas Ketua Dewan Pemuda Salahuddin Ayub (824 undi) dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar (636 undi). Pemilihan pada kali ini menyaksikan jawatan Naib Presiden turut diwakili Salahuddin dari kalangan profesional dan Mahfuz yang juga seorang aktivis. Bekas Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang memerintah, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pula terpilih sebagai salah seorang daripada 18 AJK PAS Pusat mendapat jumlah tertinggi dengan 854 undi.

"TAHNIAH kepada semua yang terpilih, teruskan perjuanganmu kerana Allah pasti membalas segala pengorbanan yang ditabur"

0 Responses to Terkini Sekitar MUKTAMAR...

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang