Selamat Datang..Mulakan membaca dengan بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم -Segala tulisan dalam blog ini adalah hasil dari pandangan dan pemikiran saya semata-mata. Segala kerosakan atau gangguan emosi semasa melayari blog ini adalah tanggungjawab pihak pembaca sendiri..Terima Kasih. Ibnuhussin@pas.org.my
"Tuan Maktar Hashim menjadi Pengarah Jabatan ICT Pas Pahang baru - PasPahang | Ambil Pengajaran daripada Kekalahan PRK Galas - PasMaran | Penguasaan ICT mampu lonjakkan undi PAS - SU JiCT PasPahang| Jangan jadi pejuang pengecut | Blog PasMaran bukan lidah rasmi Pas Kaw. Maran - ibnuhussin | UMNO Bakal Tumbang di Tenang - SU JiCT PasPahang
Berita drp: MaranDaily Khamis, 25 Jun 2009


1. Alhamdulillah , inilah kalimah yang semua pimpinan dan ahli PAS boleh ungkapkan setelah melalui episod getir yang meresahkan semua pihak dengan pelbagai isu yang berjaya dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak media yang tidak bertanggungjawab.

2. Inilah keyakinan saya selama ini bahawa salah faham yang berlaku atau apa jua masaalah yang timbul , insyaallah akan dapat diselesaikan dengan baik kiranya Akhlak Islam dan semangat mahabbah [ berkasih sayang ] menjadi teras gerakkerja kita .

3. Tarikh 28 Jamadil Akhir 1430 [ 22 jun 2009 / Isnin ] menjadi detik bersejarah . Syaithan tentunya tidak bergembira dengan tarikh dan detik ini yang telah menyaksikan terlerainya satu kekusutan dan terungkainya satu kekeliruan dikalangan pimpinan dan anggota PAS sebagai sebuah gerakan Islam .

4. Saya yakin , insan yang beriman dan soleh amalannya akan bergembira malah menitiskan air mata menyaksikan tautan kasih yang tidak mungkin pudar dan ikatan ukhuwwah yang tidak mungkin bubar .

5. Mudah - mudahan , kedai - kedai kopi kita di seluruh ceruk kampung dan desa juga kembali tenang dan menghayati peristiwa bersejarah ini . Sejarah yang memaparkan kekuatan iman dan taqwa berjaya menundukkan kebejadan syaithan yang ingin menguasai manusia sekaligus menghancurkan solidariti ummah .

6. Begitulah jua harapnya cyber cafe , turut reda dari ketegangan yang tercetus ekoran prasangka dan virus fitnah yang menular setelah ianya disirami air penawar dari sebuah kerendahan diri dan ketinggian budi para ulamak yang memimpin gerakan Islam ini .

7. Hendaknya segala fitnah yang masih berlegar terus dimusnahkan . Kini tumpuan kita kepada gerakkerja memperkasakan Amal Islami di dalam parti selain kita meneruskan usaha menangani operasi untuk membawa kemenangan kepada PAS .

8. Rawat segera segala kesakitan di hati dan kecederaan di perasaan hasil wabak fitnah yang melanda . Bina kembali nilai ukhuwwah fillah yang mengalami kerosakan strukturnya yang serius .

9. Setelah tiada polemik dan krisis , maka tiadalah lagi alasan untuk kita saling curiga mencurigai antara satu sama lain . Sebaliknya aktifkan usaha merapatkan saff untuk terus kita bersama - sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di Persada tanahair .

10. Kepada UMNO dan BN menangislah dulu puas - puas , kemudian berilah peluang dan ambillah masa untuk diri sendiri merenung jauh bermuhaasabah dan muraaqabah , agar mereka juga insaf dan sedar dari lamunan lalu bebaskan diri dari perangkap jahiliyah modern yang sering mngheretkan mereka untuk melakukan kerja - kerja jahat melaga - laga dan memecah belahkan kesatuan gerakan Islam .
Oleh: Ust Nasarudin Tantawi Ketua DPP

0 Responses to

Catat Ulasan

e-mutawwif (panduan haji & umrah):

Himpunan Bersih 2.0:

Himpunan Bersih 2.0:

02 Hari, 01 Jam, 16 Minit, 40 Saat lagi ke 09/07/2011 jam 2.00PM

Masa Untuk berubah:

Demi Masa:

RENUNGAN BERSAMA:

"Sebaik-baik isteri ialah mengembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya, dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya" Hadis (perawi Ahmad&Nasai)

Web TV (**Auto Channel**)

**TVPas**

Jom Belajar di KIAS:

Jom Belajar di KIAS:
Call/SMS: 019-999 7704

Pautan Laman Pemimpin:


Sahabat Setia:

PAHANGKINI.NET

pahangkini

Jom Bersama Sahabat ICT Pahang