Seluruh warga PAS Kawasan Maran & Lajnah ICT mengucapkan takziah kepada AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin serta keluarga di atas pemergian isteri beliau Datin Kamariah, yang meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama bertarung melawan kanser.
Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat dalam perjalanan pulang dari Qatar.
Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lsama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.
Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk, sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC. Namun apakan daya, beliau pergi ketika suaminya tanpa di sisi.
Datuk Kamarudin juga ialah bekas Setiausaha Agung PAS dan merupakan Pengarah Urusan Harakah.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.
Al-Fatihah
0 Responses to Isteri Kamaruddin Jaafar kembali ke Rahmatullah